Tarikh: 19 April 2025
Masa: 9.30 – 3.30 PM
Lokasi: NADI Merapok
Peserta: 6 Orang
Tujuan:
Program eSukan merupakan satu program NADI di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat yang bertujuan sebagai alternatif Laluan Pendidikan untuk Pembangunan Kemahiran Jati Diri dan Kerjaya melalui eSukan.
Aktiviti:
6 orang peserta terdiri dari 5 pemain dan 1 simpanan dengan nama kumpulan Anomali telah mewakili NADI Merapok untuk berentap melawan pasukan dari NADI lain di Negeri Sarawak. Perlawanan dilakukan secara dalam talian. Pasukan NADI Merapok telah berentap melawan 3 pasukan berbeza dalam saringan peringkat kumpulan A. Perlawanan berikutnya akan disambung pada minggu hadapan. Petugas memastikan tiada sebarang masalah teknikal berlaku sepanjang perlawanan dijalankan.