Tarikh: 21 Jun 2025 (Sabtu)
Masa: 2.00 PM – 5.00 PM
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 24 orang
Tujuan
- Untuk belajar cara membuat keropok lekor yang sedap dan kental secara lengkap dari segi penyediaan bahan hingga selesai dimasak.
- Untuk meningkatkan kemahiran memasak peserta dan sebagai titik pemula untuk berniaga secara kecil-kecilan.
Aktiviti
Semua 24 peserta telah menghadiri kelas secara fizikal di NADI Merapok. Kelas dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari tenaga pengajar jemputan, Encik Zikri Haizan. Seterusnya kelas diteruskan dengan sesi taklimat dan demo cara penyediaan bahan dan pembuatan keropok lekor. Setiap peserta terlibat secara aktif dalam penyediaan bahan dan proses memasak lekor sehingga habis. Peserta memberi sepenuh perhatian dan mencatat input dan tips yang bermanfaat daripada perkongsian tenaga pengajar yang berpengalaman. Petugas memastikan program berjalan dengan lancar tanpa ada masalah teknikal berlaku.