Tarikh: 3 Julai 2025 (Khamis)
Masa: 2.00 PM – 5.00 PM
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 11 orang
Tujuan
- Untuk belajar kemahiran memasak tambahan khususnya dalam penyediaan makanan ringan yang sihat dan mudah.
- Menggalakkan keusahawanan kecil-kecilan dengan memperkenalkan resipi yang berpotensi dijual secara kecil atau online.
- Meningkatkan keyakinan diri peserta dalam bidang masakan melalui aktiviti hands-on dan bimbingan secara langsung.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan bahan-bahan asas serta langkah-langkah penyediaan chicken nugget yang sihat dan bebas bahan pengawet. Tenaga pengajar menunjukkan demonstrasi penyediaan bermula dari proses penyediaan isi ayam, perapan, pembentukan nugget hingga teknik menggoreng yang betul. Peserta turut diberi peluang menjalankan aktiviti praktikal secara hands-on bagi menghasilkan nugget masing-masing. Selain itu, variasi resipi seperti nugget sayur dan nugget keju turut dikongsikan, lengkap dengan tips penyimpanan agar tahan lebih lama. Kelas diakhiri dengan sesi rasa, soal jawab santai, dan pengagihan resipi bertulis kepada semua peserta.