Tarikh: 10 Julai 2025 (Khamis)
Masa: 3.00 PM – 4.30 PM
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 4 orang
Tujuan
- Memberi kesedaran tentang ancaman siber dan kepentingan keselamatan digital dalam kehidupan seharian.
- Mendedahkan peserta kepada jenis-jenis serangan siber serta langkah pencegahan yang berkesan.
- Memberi panduan tentang proses pemulihan selepas berlaku serangan siber.
- Membina keupayaan asas dalam pengurusan insiden keselamatan siber.
Aktiviti
Program dimulakan dengan pengenalan kepada konsep asas keselamatan siber dan jenis-jenis serangan yang sering berlaku seperti phishing, malware dan ransomware. Seterusnya, peserta diperkenalkan kepada langkah-langkah pencegahan seperti mengumpul maklumat dan membuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab. Penceramah turut berkongsi dan membuat simulasi bagaimana data yang telah dipadam dalam gajet digital seperti telefon pintar dapat diakses semula menggunakan aplikasi tertentu. Program diakhiri dengan sesi soal jawab serta perkongsian kes sebenar oleh pakar keselamatan siber yang berpengalaman.