Tarikh: 21 Julai 2025 (Isnin)
Masa: 3.00 PM – 5.00 PM
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 3 orang
Tujuan
- Meningkatkan kesedaran tentang bahaya berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan panik dalam masyarakat.
- Memberi panduan untuk mengenalpasti maklumat yang sahih dan sumber berita yang boleh dipercayai.
- Mendidik peserta mengenai pelbagai jenis perisian berbahaya seperti virus, malware dan spyware.
- Menjelaskan kesan negatif perisian berbahaya terhadap keselamatan data dan sistem digital.
- Membentuk sikap bertanggungjawab dan beretika dalam menyebarkan maklumat di media sosial.
Aktiviti
Program dijalankan secara dalam talian menerusi platform Google Meet. Sepanjang sesi taklimat, peserta didedahkan kepada contoh-contoh berita palsu yang sering tersebar di media sosial serta kaedah mengenalpasti sumber maklumat yang sahih. Selain itu, taklimat turut menyentuh tentang jenis-jenis perisian berbahaya seperti malware, spyware dan virus, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi melindungi peranti dan data peribadi. Petugas memastikan taklimat berjalan lancar tanpa berlaku masalah teknikal.