Tarikh: 25 Julai 2025 (Jumaat)
Masa: 3.00 PM – 4.30 PM
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 1 orang
Tujuan
- Memberi kemahiran asas membaiki peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba.
- Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai komponen dan fungsi utama dalam gajet.
- Menyediakan peluang menjana pendapatan melalui kemahiran baik pulih gajet.
- Mengurangkan kebergantungan kepada pusat servis luar untuk kerosakan kecil.
- Mendorong minat terhadap bidang teknikal dan keusahawanan teknologi.
- Membina keyakinan dalam menyelesaikan masalah teknikal secara kendiri.
Aktiviti
Program dijalankan secara dalam talian menerusi platform Google Meet. Untuk Minggu Pertama, pelajar diberi pengenalan tentang kursus mahir gajet, pengenalan tenaga pengajar dan pelajar serta cara penggunaan Mahir Training System (MTS). Kursus akan dijalankan secara dalam talian menggunakan platform MTS. Program berjalan lancar tanpa berlaku masalah teknikal.