Tarikh: 23 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 9.30 PM – 11.00 AM
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 1 orang
Tujuan
- Meningkatkan kemahiran memasak peserta melalui teknik dan resepi yang betul serta bervariasi.
- Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari resepi baharu yang berpotensi dijadikan sumber pendapatan.
- Membina keyakinan diri peserta dalam menyediakan hidangan yang berkualiti dan menarik.
Aktiviti
Program dijalankan secara dalam talian menerusi platform Google Meet. Untuk Minggu Pertama, pelajar diberi pengenalan tentang kursus mahir masak, pengenalan pengajar dan pelajar serta cara penggunaan Mahir Training System (MTS). Kursus akan dijalankan secara dalam talian menggunakan platform MTS. Peserta memberi sepenuh perhatian dan mencatat nota sepanjang kursus dijalankan.