Tarikh: 3 September 2025 (Rabu)
Masa: 8 – 9 AM / 2 – 3PM
Lokasi : Sk Kampung Seberang / SK Merapok
Peserta : 179 pelajar sekolah rendah
Tujuan
- Meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika.
- Memupuk kesedaran mengenai had umur yang sesuai dalam penggunaan media sosial.
- Mendedahkan murid kepada risiko dalam talian seperti perkongsian maklumat secara berlebihan dan buli siber.
Aktiviti
Seramai dua orang fasilitator telah terlibat dalam pelaksanaan program ini, terdiri daripada dua petugas daripada NADI Sundar dan NADI Kg Banting. Program ini berjaya memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang etika dalam dunia digital serta membentuk sikap yang lebih bertanggungjawab ketika berinteraksi di alam maya.