Tarikh: 2 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 2.00 PM – 5.00 PM
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 10 orang
Tujuan
- Untuk memberi peluang kepada peserta menguasai asas literasi secara lebih mudah dan menarik melalui teknologi.
- Untuk memupuk warga dewasa yang celik digital.
Aktiviti
Satu sesi pembelajaran interaktif telah berjaya dijalankan bagi membantu golongan dewasa meningkatkan kemahiran membaca dan mengeja menggunakan platform digital. Semua peserta terlibat aktif semasa sesi pembelajaran. Guru kelas dan petugas memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang sesi pembelajaran.