Tarikh: 23 April 2025 (Rabu)
Masa: 10.00 am – 1.00 pm
Lokasi: NADI Merapok
Peserta: 24 orang
Tujuan
1.Untuk memberi kemudahan dan fasiliti kepada komuniti untuk mengadakan program komuniti sesuai dengan fungsi NADI itu sendiri sebagai pusat bimbingan dan sokongan kepada usahawan, pemuda, dan masyarakat umum dalam meningkatkan pengetahuan dan keterampilan mereka.
2. Untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang Perkhidmatan Pintar di NADI seperti NADI Wellbeing.
3. Untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti dan NADI.
Aktiviti
Program dimulakan dengan ucapan aluan dari pegawai KEMAS Lawas. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan bacaan doa oleh wakil AJK NADI dan diikuti dengan sesi menjamu selera. Cabutan nama bertuah turut diadakan dan disusuli dengan penyampaian hadiah baju raya tercantik. Saringan kesihatan juga dilakukan kepada setiap peserta yang hadir. Program diakhiri dengan acara sesi bergambar.