mcmc
Laporan Aktiviti

PERTANDINGAN NADI E-SUKAN (MLBB) MUSIM KE-3 2025 PERINGKAT NEGERI SARAWAK (MINGGU 2)

Tarikh: 8 November 2025 (Sabtu)

Masa: 10.00 – 2.30 PM

Lokasi: NADI Merapok

Peserta: 5 Orang

Tujuan:

Program eSukan merupakan satu program NADI di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat yang bertujuan sebagai alternatif Laluan Pendidikan untuk Pembangunan Kemahiran Jati Diri dan Kerjaya melalui eSukan.

Aktiviti:

Pada minggu kedua pertandingan ini, pasukan NADI Merapok berentap melawan 5 pasukan sekaligus dalam Kumpulan I untuk mendapatkan mata terkumpul. Perlawanan dilakukan secara dalam talian dan berhubung dengan pasukan NADI lain melalui platform Discord. Perlawanan berjalan dengan lancar dan pasukan NADI Merapok hanya memiliki 2 kemenangan dari 8 jumlah perlawanan secara keseluruhan dan seterusnya tidak berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Maka perjuangan mereka terhenti di peringkat kumpulan sahaja pada musim ini. Petugas memastikan tiada sebarang masalah teknikal berlaku sepanjang perlawanan dijalankan.

Gambar disini