mcmc
Laporan Aktiviti

Program Jiwa @ Komuniti Sembang Santai Komuniti Madani Kpg Undop, Kolaborasi bersama JAPEN Lawas dan NADI Merapok.

Tarikh: 27 April 2025 (Ahad)

Masa: 1.00 pm – 5.00 pm

Lokasi: NADI Merapok

Peserta: 12 orang

Tujuan

1.Untuk memberi kemudahan dan fasiliti kepada komuniti untuk mengadakan program komuniti sesuai dengan fungsi NADI itu sendiri sebagai pusat bimbingan dan sokongan kepada usahawan, pemuda, dan masyarakat umum dalam meningkatkan pengetahuan dan keterampilan mereka.

2. Untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang Perkhidmatan Pintar di NADI seperti NADI Wellbeing.

Aktiviti

Program dimulakan dengan ucapan aluan dari pegawai JAPEN Lawas. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan aktiviti demo cara membuat biskut marjerin oleh tenaga pengajar yang dijemput. Semua peserta memberi perhatian dan terlibat secara aktif membuat biskut marjerin seperti menguli tepung, menekap biskut menggunakan acuan dan membakar biskut dalam ketuhar. Saringan kesihatan juga dilakukan kepada setiap peserta yang hadir. Program diakhiri dengan ucapan penutup pegawai JAPEN dan sesi bergambar.

Gambar disini