Tarikh : 19 Februari 2025
Masa : 2.30 – 4.30 Petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 15 orang
Tujuan
Untuk meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan mental dan mempelajari teknik pengurusan stres.
Aktiviti
Program dimulakan dengan sesi ucapan alu-aluan dan perkenalan oleh penceramah jemputan iaitu Dr Nur Asyiqin Binti Husli dari Klinik Kesihatan Lawas. Program diteruskan dengan sesi ceramah dan aktiviti santai yang dikendalikan oleh Dr Nur Asyiqin. Aktiviti saringan kesihatan juga dijalankan oleh petugas NADI. Petugas memastikan program berjalan dengan lancar tanpa masalah teknikal. Program ditutup dengan sesi penyerahan sijil dan cenderahati kepada penceramah jemputan dan diakhiri dengan jamuan petang.