Tarikh: 30 April 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 am – 11.00 am
Lokasi: NADI Merapok
Peserta: 7 orang
Tujuan
- Untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang fungsi NADI dan memperkenalkan Servis Perkhidmatan Pintar yang ada di NADI untuk kegunaan komuniti.
- Untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti dan NADI.
Aktiviti
Program dimulakan dengan ucapan aluan dari pegawai JAPEN Lawas. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan pembentangan slide perkenalan NADI dan Servis Perkhidmatan Pintar NADI oleh petugas dan diikuti dengan sesi soal jawab. Saringan kesihatan juga dilakukan kepada setiap peserta yang hadir. Program diakhiri dengan acara sesi bergambar dan jamuan makan.