Tarikh : 28 November 2024
Masa : 7.30 – 10.00 Pagi
Lokasi : SK Ulu Merapok Lawas
Peserta : 202 Pelajar
|
Tujuan Untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital dan penggunaan internet secara bijak. Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di NADI kepada peserta.
Aktiviti Program dimulakan dengan aktiviti ‘ice-breaking’ dan disusuli dengan taklimat “Jom Kenali NADI” oleh para petugas. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan taklimat NADI Safe & Shield yang menekankan tentang keselamatan siber kepada kanak-kanak. Sesi kuiz dan soal jawab dijalankan selepas taklimat. Akhir sekali, sesi bergambar dan penyerahan cenderahati kepada pihak sekolah sebelum bersurai.
|