mcmc
Laporan Aktiviti

TAKLIMAT: WASPADA BERITA PALSU (SAFE) & PERISIAN BERBAHAYA (SHIELD) JULAI 2025

Tarikh: 21 Julai 2025 (Isnin)

Masa: 3.00 PM – 5.00 PM

Lokasi : NADI Merapok

Peserta : 3 orang

Tujuan

  1. Meningkatkan kesedaran tentang bahaya berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan panik dalam masyarakat.
  2. Memberi panduan untuk mengenalpasti maklumat yang sahih dan sumber berita yang boleh dipercayai.
  3. Mendidik peserta mengenai pelbagai jenis perisian berbahaya seperti virus, malware dan spyware.
  4. Menjelaskan kesan negatif perisian berbahaya terhadap keselamatan data dan sistem digital.
  5. Membentuk sikap bertanggungjawab dan beretika dalam menyebarkan maklumat di media sosial.

Aktiviti

Program dijalankan secara dalam talian menerusi platform Google Meet. Sepanjang sesi taklimat, peserta didedahkan kepada contoh-contoh berita palsu yang sering tersebar di media sosial serta kaedah mengenalpasti sumber maklumat yang sahih. Selain itu, taklimat turut menyentuh tentang jenis-jenis perisian berbahaya seperti malware, spyware dan virus, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi melindungi peranti dan data peribadi. Petugas memastikan taklimat berjalan lancar tanpa berlaku masalah teknikal.

Gambar disini