Tarikh: 24 Julai 2025 (Khamis)
Masa: 3.00 PM – 4.30 PM
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 6 orang
Tujuan
- Meningkatkan kesedaran peserta tentang ancaman siber yang menyasarkan akaun media sosial.
- Memberi pengetahuan tentang kaedah perlindungan akaun seperti penggunaan kata laluan yang selamat dan pengesahan dua faktor (2FA).
- Mendedahkan peserta kepada taktik-taktik penipuan siber seperti phishing dan penyamaran identiti.
- Membimbing peserta mengenal pasti pautan atau mesej mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan akaun.
- Menggalakkan amalan keselamatan digital yang bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial.
- Membantu peserta melindungi maklumat peribadi serta menjaga reputasi dalam talian.
Aktiviti
Program dimulakan dengan pengenalan kepada konsep asas keselamatan siber. Peserta diperkenalkan kepada pelbagai bentuk serangan siber seperti phishing, penyamaran identiti dan penggodaman akaun, serta kesan buruknya terhadap privasi dan keselamatan maklumat peribadi. Penceramah turut berkongsi panduan amalan terbaik seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengesahan dua faktor (2FA), dan kaedah mengenalpasti mesej atau pautan mencurigakan. Program diakhiri dengan sesi soal jawab daripada peserta. Program berjalan lancar tanpa berlaku masalh teknikal.