Tarikh: 6 Disember 2025 (Sabtu)
Masa: 2.30 PM – 4.30 PM
Lokasi: NADI Merapok
Peserta: 2 Orang
Tujuan:
- Memberi suntikan semangat baharu kepada pelajar bagi memulakan tahun 2026 dengan minda positif.
- Membantu pelajar menetapkan matlamat pembelajaran yang jelas, realistik dan berfokus.
- Meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran pengurusan masa dan emosi dalam menghadapi sesi persekolahan yang baharu.
- Menggalakkan pelajar membina identiti diri yang lebih matang, berdaya saing dan berdaya tahan.
Aktiviti:
Webinar ini merangkumi sesi perkongsian inspirasi bersama penceramah motivasi, bengkel ringkas menetapkan matlamat 2026 menggunakan teknik SMART, aktiviti refleksi diri untuk mengenal pasti kekuatan serta cabaran pembelajaran, panduan pengurusan masa dan strategi belajar berkesan, diikuti sesi soal jawab interaktif bagi membantu pelajar menyelesaikan isu pembelajaran secara terus.